Bank makanan
Bank makanan (Tulisan Jawi: بڠك ماكنن) ialah pertubuhan kebajikan yang menjadi tempat bagi mengumpulkan makanan untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan secara percuma.[1] Kebiasaannya, sumbangan makanan ini diperoleh daripada pihak perusahaan makanan, masyarkat awam dan pertubuhan kebajikan lain.[1]
Bank Makanan St. Mary merupakan pertubuhan seumpamanya yang pertama di dunia, yang telah diasaskan di Arizona, Amerika Syarikat pada tahun 1967 oleh John van Hengel.[2] Sejak itu, pelbagai organisasi serupa telah ditubuhkan di seluruh dunia. Di Eropah, keperluan bank makanan adalah sedikit sehinggalah akhir-akhir ini disebabkan oleh sistem kebajikan mereka yang meluas.[3] Bilangan bank makanan semakin bertambah selepas peningkatan harga makanan sejagat yang bermula pada lewat 2006, terutamanya selepas krisis kewangan 2007–2008 yang memburukkan lagi keadaan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Norzuraida Binti Hasan (2012). Potensi Pelaksanaan Bank Makanan di Malaysia Sebagai Satu Bentuk Jaminan Sekuriti Makanan Bagi Golongan Miskin (PDF) (Tesis). Universiti Malaya. Dicapai pada 16 Januari 2021.
- ^ Jan Steyaert (Jun 2019). "1967 John van Hengel & food banks - philanthrophy for the hungry" (dalam bahasa Inggeris). History of Social Work. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2021.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)arkib
- ^ "The History of Food Banks". foodpoverty.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Food Poverty UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-01. Dicapai pada 16 Januari 2021.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)arkib
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bank makanan |